Monday, August 09, 2004

Hari terakhir di kampung halaman

Assalamualaikum....

Hari ini adalah merupakan hari terakhir untuk aku mencoretkan kata-kata di sini dari kampung halamanku...

Setelah setahun bekerja, ini adalah kali pertama untuk ku pulang ke kedah selama seminggu..Nasib baikla my beloved boss tak minta balik awal, malah dia adalah antara org yg menggalakkan aku utk bercuti di sini..

Beberapa minggu lepas, terdapat khabar- khabar angin yang diri ini akan ditukarkan ke bahagian lain..tapi, hingga kini masih belum ada apa-apa perkembangan....Selagi aku boleh mencari rezeki yang halal, aku tak kisah ke mana sahaja diri ini ditugaskan..mungkin tugasan baru itu lebih baik utk aku dan masa depanku...who knows...only Allah yang lebih Mengetahui..

Namun, kepulangan ku ke Mlk kali ini bersama semangat dan azam baru...ingin ku kembali menjadi insan yg lebih peka terhadap hati dan perasaan org lain..Aku tidak ingin menjadi seperti mereka- mereka yang berjaya..tetapi menjadi cemuhan org lain....

"Jadilah seperti padi...semakin berisi, semakin tunduk..Jgnla menjadi seperti lalang, semakin lama semakin mendabik dada ke arah langit.."

2 comments:

Anonymous said...

Hai Apa khabar?
emmm setahun tak balik kampong ...lama tuu
dan banyak yang berubah...emmm rasanya sayapun nak balik juga lah bulan nii...berapa bulan dah tak balik

Anonymous said...

cik ita..assalamualaikum
at last..dapek gak baca blog awak..eheh.welkem to the club :)..ada free time gi la visit blog saya

www.danchan.com/weblog/qmar