Thursday, November 01, 2007

Pengalaman menjadi seorang ibu (Part 1)

Nurul Fatihah bt. Muhammad Loqman
30/05/07 - 6.42 p.m.
3.05 kg
Assalamualaikum wbt,

First of all, I would like to say sorry for not updating this blog for almost one year. So many things have changed and so do I.....Insya Allah, after this I will try my level best to update this blog..

Alhamdulillah, pada 30 Mei lepas, saya telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.05 kg. Bayi tersebut diberi nama Nurul Fatihah bt. Muhammad Loqman. Dilahirkan awal daripada tarikh yang diberikan oleh doktor, maybe dah tak sabar nak lihat ibu dan ayah dia. Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya menjadi seorang ibu.

Seminggu sebelum kelahiran Fatihah, kami telah ke Hospital Pantai for normal check up. But then, Dr. Tan memaklumkan pada kami kemungkinan besar saya akan melahirkan baby ini lebih awal dari tarikh yang dijangkakan (05/06/07 - sama tarikh dgn birthday ibu dia). Nampaknya jangkaan itu tepat kerana pada 29 Mei 2007, Fatihah dah kurang bergerak di dalam kandungan dan setelah diperiksa, Dr Tan meminta agar saya ke hospital pada keesokkan harinya.

Pada pagi 30 Mei 2007, saya dan suami tersayang ke hospital dalam jam 8.30 pagi dan saya terus dimasukkan ke labour room walaupun pada masa tersebut, saya belum terasa sakit. Saya ditahan di labour room dan dimasukkan ubat bagi mempercepatkan proses utk deliver...Saya menunggu hingga jam 3 petang barulah ada rasa sakit- sakit utk bersalin...tapi sakit itu bertambah dlm jam 6 petang.....kemudian, dlm jam 6.30 ptg sakitnya dah tak tertahan dan tiba- tiba terasa bagai kepala baby dah nak keluar...ironinya, tak ada doktor mahupun bidan bersama- sama dan apabila nurse datang, rupa- rupanya kepala baby dah keluar skit...Alhamdulillah, semuanya selamat dan credit to my beloved husband for being calm and supportive..Utk makluman, my hubby ada bersama-sama dari pagi sampailah saat melahirkan...He was my strength at that time...

So...insya Allah, kalau ada masa saya akan sambung posting ini di masa akan datang...Sebelum itu, belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat tercayang, Shahrizat a.k.a Ijat....






No comments: